Sunday 14 February 2016

BINTANG HATI


assalamualaikum. 

alhamdulillah fateh dah kembali sihat selepas seminggu sakit mulut dan juga bersulamkan demam panas. kesian fateh ibu, menangis kesakitan lapar tapi tak boleh makan minum. 

doktor cakap fateh terkena virus kuku dan mulut. tetapi jangkitan hanya pada mulut sahaja. penyakit kuku dan mulut ini sejenis bakteria yang boleh merebak kepada kanak kanak lain. 

penyakit ini tidak berbahaya as long fateh makan dan minum susu. doktor juga ada berikan surat rujukan untuk di warded kan jika fateh tidak makan dan tidak menyusu. doktor ada bekalkan ubat titik dan juga ubat demam. ubat titik berfungsi sebagai antibiotik dan juga harus diberikan selama empat jam sekali. so everytime kami bagi fateh ubat, terus kami susukan fateh. 

alhamdulillah, fateh dah kembali pulih selepas beberapa hari monyok. auntie uncle semua doakan fateh sentiasa dipeluk tuhan ye. 

ibu rindu fateh la. 

don't grow up fast sayang. 

nah! ibu belanja gambar fateh satu :P 


1 comment: