Monday 22 February 2016

Cavalcade Le Tour de Langkawi

assalamualaikum. 

sebagai rakyat Malaysia, kita semua mesti familiar dengan Le Tour de Langkawi kan?

Le Tour de Langkawi merupakan acara jelajah lumba basikal lebuh raya yang diadakan di Malaysia setiap tahun sejak tahun 1996. Nama acara itu diambil bersempena dengan nama destinasi permulaan acara iaitu Langkawi, Kedah. Namun begitu, terdapat beberapa edisi yg tidak mengambil tempat di Langkawi. 


Tour de Langkawi merupakan idea bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Wan Lokman Wan Ibrahim dan juga First Cartel. Acara ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1996.Jelajah ini diadakan di Semenanjung Malaysia. Jelajah ini juga mengunjungi Sabah dan Sarawak pada 1997, namun perkhidmatan kargo kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses pengangkutan kelengkapan lama tertunda, memaksa pihak penganjur membatalkan peringkat kedua jelajah 1997.Semenjak itu, jelajah ini tidak ke Malaysia Timur lagi. Jelajah selalunya berakhir dengan perlumbaan kriterium 12 pusingan di Dataran Merdeka.
Sejarah Le Tour de Langkawi diwarnai oleh beberapa insiden, misalnya dua kali terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat di peringkat akhir pada tahun 2003 dan 2006. Ketika pusingan pertama pada tahun 2004, pegawai polis membuka laluan lumba untuk kegunaan pengangkutan awam ketika perlumbaan masih berjalan. Setelah berunding dengan para pelumba, peringkat ini tidak dikira dalam keputusan pertandingan. (sumber : wikipedia )

ni cerita panjang panjang pasal LTDL ni kenapa ?
Pada tahun ni suami atid terpilih sekali lagi untuk menjadi salah seorang daripada crew LTDL. setiap kali menceritakan yang suami menyertai LTDL mesti ramai yang bertanya, si suami ni kayuh basikal ke?
NO NO NO! 
suami kita bukan azizulhasni hassan. HAHAHA!
suami atid ni menyertai LTDL sebagai team Cavalcade. mesti ramai yang tatau kewujudan team Cavalcade ni dalam acara Lumba basikal ini. Team Cavalcade adalah merupakan pasukan sokongan kepada acara LTDL ini. mereka ini boleh dikira sebagai penarik utama bagi acara LTDL ni. 


ini lah yang dikatakan Team Cavalcade. mereka ni memeriahkan lagi acara tersebut dengan menarik perhatian penonton di garisan permulaan dan garisan penamat. kalau tiada mereka agaknya penonton pun malas nak tunggu apabila pelumba pelumba tiba di garisan penamat. 

Yang best nya apabila tunggu di garisan penamat atau pun checking point, kita akan dapat goodies bag. best lah! 
okay lah, bawah ni nak belanja gambar suami kita join LTDL tahun tahun lepas. gambar tahun ini akan menyusul kemudian. 

ni lah si champion yang suami atid bawa. 





okay cukup lah! kalau nak ditampalkan semua gambar suami ni tak tahu la berapa panjang pos ini. 
selamat pergi dan selamat kembali. i'll miss you. fateh will miss you too. 

I LOVE YOU.




4 comments:

  1. Saya dah datang dan follow balik.. jom join GA saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, insyallah akan join GA awak ye.

      Delete
  2. fuhhh! dah start dah LTDL! tahun ni mcm tak byk exposure pasal LTDL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok mulanya stage 1. Agak lah. Tiada liputan sangat kali ini. Tape kita tengok esok mcm mana liputan dia.

      Delete