Tuesday 23 February 2016

SUSU PISANG ke SUSU STRAWBERRY?

Assalamualaikum.

Terima kasih masih sudi menjengah di ruangan ini.

Kali ni nak bercerita tentang susu strawberry dan susu pisang dari korea ni,

Kenapa susu pisang? kenapa korea?

HAHAHAHA.


Ini lah rupa bentuk botol susu dari korea tersebut. comel kan. botol dia pun dah menarik perhatian. macam mana lah peminat korea macam atid ni tak teringin nak mencuba susu tersebut. 

Kita boleh dapatkan susu tersebut di Malaysia juga. tetapi kebanyakan susu yang dijual di malaysia dipek dalam kotak 200ml. kalau susu dalam kotak tak berapa nak menarik sangat la kan. sebab susu kat malaysia pun berlambak lambak dalam kotak. 


susu pisang di dalam kotak.
credit photo : Sally Samsaiman : Susu Pisang

sebenarnya atid terjebak dengan susu pisang ni disebabkan si sally ni la selalu pos gambar susu pisang. manalah kita ni tak termengidam kalau selalu sangat di pos tentang susu ni. atid juga berterima kasih pada sally kerana bagi atid satu botol susu, walaupun bukan susu pisang dan hanya susu strawberry. takpelah! janji susu.

TERIMA KASIH SALLY! 


Pertama kali dapat merasa susu dari korea mesti lah di abadi kan di laman sosial. 
KAHKAH! 

susu strawberry ni rasa dia seakan susu strawberry dutch lady tapi dia lagi sedap! agaknya kerana made in korea. obsesi memang la begini. tapi dekat malaysia tiada lagi kan jual susu pisang kan? so kalau berpeluang untuk melancong ke korea marilah kita beli susu pisang ni satu luggage untuk diisi penuh dalam peti ais. CUKUP! jangan berangan lagi. bai bai

2 comments:

  1. hahahaha...abadikan dalam media sosial? perghh! kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pergh ni kerana bahasa ke kerana perbuatan? HAHAHA

      Delete