Wednesday 24 February 2016

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA MUDAH DAN RINGKAS.

Makan malam ni nak masak apa ye..? Haih, itu adalah soalan paling susah untuk seorang perempuan fikirkan setiap hari. apa yang nak dimasak mestilah menu yang berlainan setiap hari. Waktu sekarang kat ofis dah pening kepala fikirkan menu malam nanti.

okay, tak payah pening pening nak fikirkan. apa kata malam ini kalian semua masak spaghetti carbonara untuk hidangan makan malam. apa salah nya berubah arah makan pasta pada malam ini.. Simple dan mengenyangkan. dan boleh la dikira merubah angin, asyik makan nasi boring juga kan.

so apa barang barang yang diperlukan dan cara cara untuk memasak spaghetti yang mudah dan ringkas ini..

jom kita mulakan masak memasak kita :)



Bahan - Bahan diperlukan :

1. Spaghetti (tak kisah jenama apa)
2. Prego Carbonara Mushroom
4. Susu Fresh Milk Dutch Lady
5. Sosej
6.Bawang Putih
7. Serbuk Lada Hitam
8. Garam
9. Minyak Zaitun (kalau tade boleh pakai minyak masak biasa. )

Cara - Cara Memasak

SOS CARBONARA 

1.Gunakan sedikit minyak untuk menumis bawang putih sehingga naik bau dan wangi.
2. Masukkan sosej yang telah dipotong (kebiasaan nya potong bulat). kacau sehingga sedikit masak.
3. Masukkan sos Prego Carbonara Mushroom ke dalam periuk dan kacau sehingga naik bau.  Masukkan sedikit garam bagi penambah rasa.
4. Masukkan susu fresh Dutch lady dan kacau sehingga sebati.
5.Masukkan sedikit serbuk lada hitam (Agak agak)
6.Kacau sehingga mendidih.


MEE SPAGHETTI

Spaghetti ni kita panggil mee ke? HAHAH. sementara menanti sos carbonara masak, ambil periuk dan rebuskan air sehingga mendidih. tuang sedikit minyak bagi mengelakkan spaghetti tersebut melekat antara satu sama lain. Masukkan sedikit garam dan masak spaghetti tersebut antara 11 hingga 15 minit. (Sila pastikan spaghetti anda betul betul lembut sebelum mematikan api.) Angkat dan toskan spaghetti anda SIAP!



OKAY JOM MAKAN! 

Eh! belum waktu dinner lagi. okay selamat masak memasak.


7 comments:

  1. Kin singgah ..Eh awak. Kin xpenah masak ni sebab family bukan jenis mkn western2 ni. tapi why not try kan. thankyou ye awak bg ideaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba je. mana tahu lepas ni semua jadi peminat western food.

      Delete