Sunday 8 May 2016

DIA SEMANIS HONEY

Assalamualaikum semua. 

korang peminat Drama Melayu tak?? Atid ni boleh dikategori bukan lah peminat Drama melayu. jarang sangat lah atid bukak tv kalau bukan hanya mengadap saluran 393 (ONE HD) atau 392 (KBS WORLD). selalu sangat bergaduh dengan suami dia kata bukak tv je korea korea korea. HAHAHA. maaf kan saya. 

okay baru baru ini, kawan ofis atid sibuk melayan Drama melayu yang dilakonkan oleh Syukri Yahya dengan pelakon wanita baru yang sedang meningkat naik iaitu Janna Nick tak lain tak bukan cerita "SUAMI TANPA CINTA" iaitu sebuah drama yang diolah daripada Novel cinta. Dah lama sangat tinggal novel cinta melayu dan atid tak tahu langsung pasal novel tu. Boleh dikatakan sekarang banyak Drama Melayu diolah daripada Novel Novel terhangat di pasaran. atid ada jugalah menonton drama "SUAMI TANPA CINTA" ni, tapi sehingga episod dia kahwin dan pergi honeymoon kat London dan Paris je lepas tu dah malas nak tengok. Dan dalam tak sedar cerita tu dah tamat dan malas lah nak tengok lagi. kihkihkih. 

Sekarang Drama tersebut telah digantikan dengan Drama bersiri baru iaitu "DIA SEMANIS HONEY" lakonan pemenang Gegar Vaganza musim lalu iaitu Siti Nor Diana dan juga pengacara siri realiti Clever Girl (TV3) yang petah berbahasa inggeris iaitu Aliff Satar. 




Info Drama Dia Semanis Honey

Saluran: Astro Ria
Tarikh: Mulai 2 Mei 2016
Jumlah Episod: 16
Pengarah: Michael Ang
Adaptasi Novel karya Dila Dyna

Setakat ini drama tersebut telah ditayangkan sehingga Episod 4. atid baru tengok Drama ni hari ahad (8 mei 2016 ) yang lalu kerana ada tayangan ulangan sebanyak 4 episod berterusan. Kalau nak tungu sehari sehari mungkin tidak la. HAHAH. 

Cerita ni mengisahkan Hani yang ditunangkan dengan ahnaf oleh pihak keluarga tanpa mengetahui siapa pasangan masing-masing. Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak.

Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan. Ahnaf meninggalkan malaysia bersama Ariana. 

Okay baru sampai situ cerita ini sekarang, Rasa tak sabar nak tahu sambungan malam nanti. sila setkan pada reminder tv masing masing ye. Harap malam nanti bukan tv yang tengok atid. sebab kebiasaanya selepas drama korea tamat (pukul 9) atid akan tidurkan Fateh. dan kebiasaanya juga. ibu ngan ayah fateh akan sama sama terlelap sampai la esok pagi. kihkih. 

siapa lagi yang menonton drama ini? sila komen ye ! 


1 comment:

  1. kena berebut dengan ibu, so tak tengok laaa kekdahnyaaa..hahaha

    ReplyDelete