Tuesday 3 May 2016

DRAMA KOREA BARU SBS : ENTERTAINER

Assalamualaikum!

Akhirnya drama korea " Please come back, Mister " telah mengakhiri tayangan pada 14 April 2016 yang lalu dan digantikan dengan drama terbaru dari SBS iaitu " ENTERTAINER ". Drama tersebut dimainkan pada setiap Khamis & Jumaat di channel kesayangan rakyat malaysia iai One HD (393 astro) pada jam 8.10 malam setelah dialih dari masa sebenar iaitu jam 9.00 malam. Drama ini mempunyai 16 Episod keseluruhan dan 4 episod telah ditayangkan setakat ini.


                                                               

Profile

  • Drama: Entertainer (literal title)
  • Revised romanization: Ddanddara
  • Hangul: 딴따라
  • Director: Hong Sung-Chang
  • Writer: Yoo Young-A
  • Network: SBS
  • Episodes: 16
  • Release Date: April 20 - June 9, 2016
  • Runtime: Wed. & Thu. 22:00
  • Language: Korean
  • Country: South Korea


Barisan pelakon yang terlibat ialah Ji sung yang memainkan watak sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat hiburan terbesar sebagai seorang pengarah dan kemudian nya memilih untuk membuka dan menjadi CEO kepada sebuah syarikat hiburan baru.

Ada kawan kawan atid mengatakan cerita ini tidak lah segempak dengan cerita "Please come back, Mister " tapi bagi atid masih terlalu awal untuk menilai rating cerita ini. atid sendiri mengambil masa sehingga 5 ke 10 episod untuk menyukai cerita "Please come back, mister ".



Okay , diatas ini disertakan hampir keseluruhan barisan pelakon yang terlibat. ehem! Kang Min-Hyuk pemain drum kumpulan CNBLUE juga merupakan antara lead role drama tersebut. Min-Hyuk memainkan peranan sebagai Jo Ha-Neul iaitu seorang pelajar sekolah yang telah dituduh sebagai seorang pencabul. Jo Ha-Neul mempunyai seorang kakak iaitu Geu-Rin dan mereka telah kehilang kedua orang tua mereka dalam satu kemalangan.

okay korang boleh juga saksikan drama tersebut secara online, sila klik -> WATCH : ONLINE  . kalau nak download jangan tanya atid sebab tak mahir bab bab ini. HAHAHAHA.

alright. semoga bergembira semua :)


1 comment:

  1. Bagi saya cerita ni ok laa walaupun ramai yg ckp crita nih xbest dan lakonan hyeri terlalu over .

    ReplyDelete