Monday 6 June 2016

NY STEAK SHACK @ SUNWAY PIRAMID

Setiap kali hujung minggu mesti pening kepala fikir nak bawak family makan kat mana kan. Sama la apa yang terjadi pada atid dan suami. kadang kadang sampai bergaduh sebab masing masing tiada idea nak makan kat mana dan akhir nya bila tiada keputusan, perut dah lapar. "kita makan kat rumah jela". haih menyedihkan.

okay korang! kita semua tak payah nak pening pening lagi. Atid ada cadangan tempat best untuk korang semua nak makan hujung minggu. Boleh juga bawa keluarga ke sini untuk sambutan hari jadi atau untuk bawa makan malam sempena dapat bonus atau apa saja. ubah angin la asyik makan kat rumah je kan. 

NY STEAK SHACK yang mempunyai enam branch iaitu di Mid Valley, Sunway Piramid, IOI City Putrajaya, Bandar Utama City Mall, Subang Parade dan juga AEON Mall Shah Alam menawarkan makanan ala ala mat salleh gitu seperti Steak, Burger & sandwich , Lamb, Pasta, Salad & sebagainya. waaaah ~ sedap kan. 

Baru baru ini, atid menemani sally ke NY STEAK SHACK di Sunway Piramid. kerja makan je.. macam mana nak kurus kan. HAHAHAHAH. tapi tape lah gemuk janji dapat makan sedap dan kenyang! Alhamdulillah rezeki allah bagi. 


Okay antara menu yang atid cuba aritu ialah: 


SPICY SALSA LAMB BURGER : RM 25.33
Lamb burger (165 gms) cooked to order and served with spicy, sweet and sour salsa souce. 


D'BOMB : RM 10.50

Homemade giant meatball (150gms) garnered with brown sauce served with toasted oregano bun and grilled corn. 


D'PERFECT MATCH : RM63.50 
Marinated spicy lamb (200gms) and spicy ribeye steak (200gms) topped with brown sauce on a bed of pumpkin mushroom rice with mixed veggies and corn. 


JUST WINGS : RM 11.55


MEATY AFFAIRS : RM63.50

A platter for meat lovers. Homemade giant meatballs (300 gms) topped with sauteef mushrooms and caramelized onions, lamb leg (200 gms) grilled to perfectiom and buffalo wings. Complemented with pumpkin mushroom rice with mixed veggies and corn. 


haaaa, sedap sedap kan semua. terliur tak korang?? Kalau korang semua nak selidik selidik menu lain boleh la korang cuba bukak website NY STEAK SHACK . Banyak lagi menu menu lain yang menarik hati atid. korang pulak macam mana?? 


4 comments:

  1. Teringat kat Spicy Salsa Lamb Burger dia! huhuhu

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa... terliur baca bulan puasa ni.. hehehe..
    Assalamualikum ya tuan blog... saya singgah bw dan follow~^^

    Jemput singgah ke blg saya :
    http://ctroxalynna.blogspot.my/

    Terima kasih~^^

    ReplyDelete
  3. Spicy Salsa Lamb Burger...sos salsa dia yang pedas tapi menarik kita untuk terus makan...!

    ReplyDelete
  4. hai done follow #67

    Jemput singgah dan follow blog saya ye..

    AZLAN RUMADI
    www.azlanrumadi.blogspot.my

    ReplyDelete