Monday 22 February 2016

#Review CHIBA SWEET POTATO!

Assalamualaikum.

ini adalah review pertama kali daripada atid dan harini kita nak review tentang MAKANAN! siapa tak suka makan? dia adalah tergolong daripada golongan yang Rugi! kihkih. Patutlah atid ni gemok gedempol berat 64.5kg, sebab suka makan kan. HAIYA !

okay siapa suka makan sweet potato? dan bila waktu terbaik nak makan sweet potato ni?

okay let's me share something.

atid dibesarkan dalam keluarga yang suka makan ubi. kalau dekat kelantan berbagai bagai jenis ubi kami makan. so bila duduk kl atid perasan orang dekat sini tak selalu makan ubi. semasa kecik- kecik asal hujan je mesti rebus ubi. tak kira la ubi kayu ke, ubi keling ke (tahu ubi keling?), ubi stelo (ubi keledek/sweet potato) dan bermacam macam jenis ubi lagi lah. kalau ubi kayu kami rebus dan makan bersama gula. pergh! hujan dan ubi tidak la dapat dipisahkan. HEHE. rindu zaman kecik-kecik.

okay, apa kaitan pos kali ini dengan ubi?

TADAAAAA!

Chiba Prefecture mengadakan majlis "Enjoy Chiba Sweet Potato" bagi memperkenalkan Chiba Sweet Potato kepada pengguna di Malaysia, keledek manis yang dibawa dari Chiba Jepun dan ia sangat sedap dimakan begitu sahaja dan keledeknya mempunyai rasa manis semulajadi . suami dan anak atid pun sukakan nya. sejujurnya ini adalah pertama kali atid makan keledek bakar. sebelum ini kebiasaan nya atid selalu rebus sahaja. Masyallah! keledek yang dibakar ini berganda lebih sedap. nampak nya lepas ini kena bagitahu emak atid supaya bakar sahaja keledek.

Chiba Sweet Potato ini lebih sedap berbanding keledek keledek biasa yang kita dapati di pasaran, ini adalah kerana Chiba Sweet Potato ini merupakan keledek yang berasal dari baka "Beniharuka", baka tersebut merupakan baka keledek yang paling popular di jepun. keledek ini semestinya ditanam di Chiba Jepun dimana nama komersial bagi keledek ini diambil oleh nama kawasan tersebut. Chiba ni merupakan salah satu kawasan di Jepun yang memang kaya dengan sumber semulajadi.Chiba terletak bersebelahan dengan Tokyo yang mana menempatkan Lapangan Terbang Narita & Tokyo Disneyland. Waaah! kalau ke tokyo boleh la melawat Chiba kan. 


Chiba Sweet Potato juga ada dijual mentah, so kita boleh beli dan masak dirumah. Makanan kan lambang kebahagiaan. jadi apa salahnya berkongsi kebahgiaan bersama keluarga tersayang kan. 


warga chiba prefecture yang diterbangkan dari jepun untuk majlis pelancaran Chiba Sweet Potato.


size size sweet potato. waaah! habis ke nak makan yang besar tuu. 


bergambar bersama blogger blogger yang hadir. 

 Chiba Sweet Potato juga dijual dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kelazatannya dan ia keledek yang diterbangkan dari jepun. tidak perlu lah kita bersusah payah untuk ke jepun semata mata mencari keledek manis yang sedap. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba Chiba Sweet Potato ini boleh lah ke Village Grocer yang terletak di Bangsar Village. Selamat Mencuba okay! 

#ChibaSweetPotato
Video : http://www.yummyjapan.net/video/1980


2 comments:

  1. sesetengah orang tak suka makan keledek sebab menyebabkan angin..hihihihi..tapi kita memang suka jenis ubi ni...ubi kentang ke..ubi keledek ke, yang mana seangkatan dengannya..hihihi..jadi makan je..

    ReplyDelete
  2. Alan kata pertama kali dia makan keledek ni masa kat kelantan. Family dia tak pernah kot makan keledek keledek gini. 😕

    ReplyDelete